Monday, July 23, 2007

PLK Zombies kecewakan Black Arrow

PLK Zombies meraikan kejayaan mereka.

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat - Keinginan Black Arrow mempertahankan mahkota Kejohanan Bola Lisut Kebangsaan kecewa selepas mereka tewas 8-4 kepada PLK Zombies.
Kemenangan PLK Zombies diiringi dengan kenangan berharga bagi Mahdani Yaakub apabila dia dinobatkan sebagai pemain terbaik lelaki dalam perlawanan berkenaan.
Sementara itu, gelaran pemain terbaik wanita pula diberikan kepada Maria Eliza Abdullah.
Hadiah telah disampaikan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Pehin Dato Seri Setia Awang HajI Adanan HajI Mohd Yussof.

Juara bagi kategori lelaki telah membawa pulang wang tunai $2000, piala dan piala rebutan sementara naib juara iaitu pasukan Black Arrow telah membawa pulang wang tunai $1500 dan piala tempat kedua manakala pemenang tempat ketiga, Gunners membawa pulang wang tunai $1000.

Bagi kategori wanita yang dimenangi oleh Diva, mereka meraih piala pusingan dan wang tunai $1500 manakala pemenang tempat kedua, Pasadena membawa pulang wang tunai $1000 dan trofi tempat kedua sementara pemenang tempat ketiga, Comets membawa pulang wang tunai $500 serta medal bagi setiap anggota.

Oleh Siti Rahmah Haji Abdul Mutalip
Media Permata

No comments: